GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca....

Kepada guru-guru yang pernah mengajar aku tak kira la dimana kalian semua berada,aku ucapkan SELAMAT HARI GURU!! sememangnye tanpa kalian semua tiadalah aku yang dapat berdiri di sini, dengan natijah yang sebegini..

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah pinggiran kota
Di bangunan tua sekolah Kebangsaan Paya Bungor,
SMK Sri Jaya, dan kolej PSDC
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

tanpa guru,tidak lah aq pandai mengeja,menulis,membaca dan semuanya..teruskan usahamu untuk mengangkat martabat profesion perguruanmu untuk mendidik anak bangsa ke tahap yang lebih cemerlang..usah kita menunding jari terhadap guru,jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga!..

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

tanpa mereka yang mendidik kita,mungkin sedari kini kita tidak mampu untuk hidup sebegini..dalam arus kemodenan waktu yang semakin banyak persaingan...cikgu,sir,madam..semua itu pernah dan selalu aku sebut-sebutkan..andai waktu dapat aku putar,ingin sekali aku kembali ke alam itu,terlalu rindu...GURU,KEGIGIHANMU DALAM MENDIDIK TAK AKAN KU LUPAKAN!!
terima kasih guru!!
terima kasih cikgu!!
terima kasih puan!!
terima kasih sir,teacher!!
terima kasih ustaz ustazah!!
terima kasih semua!!!




Comments

Popular posts from this blog

TIPS MELEGAKAN SAKIT TEKAK DEWASA & KANAK-KANAK

BerKeLaH wAtERf@LL,gAmBaNg PaH@Ng

Buatmu ibu..muahh