BerKeLaH wAtERf@LL,gAmBaNg PaH@Ng



berkelah0 berkelah01
Air Terjun Berkelah Pahang, Sememangnya sudah lama terkenal akan keindahannya. Mempunyai banyak kolam2 semulajadi hasil pembentukan air terjun, kolam2 ini menjadi kegilaan pengunjung untuk mandi manda seolah2 berada di swimming pool. tetapi ada diantara kolam-kolam ini sangat dalam dam berbahaya, oleh itu majoriti pengungjung yang mandi manda di kolam -kolam ini membawa lifejaket. Untuk kesana tidak la terlalu susah, jika dari Kuala Lumpur anda ambil highway ke Kuantan then terus ke Exit Tol Maran(signboard ke Sri Jaya), terus lagi sampailah melepasi Sri Jaya dan Tol Sri Jaya menghala ke Kuantan, kemudian anda akan jumpa dengan sebuah masjid di Kg.Gelugor yang berada betul-betul di sebelah kedai makan Dayanaliza Ent yang barada di sebelah kanan jalan. Jika anta telah menjumpainya maka anda sudah berada di zon yang sangat hampir dengan simpang masuk ke Berkelah(sebelah kiri jalan). Anda perlu masuksahaja ke simpang yang diperkatakan itu dalam anggaran lebih kurang 10 minit. Setelah sampai ke kawasan rekreasi Berkelah,anda bolehlah meletakkan kenderaan diparking yang disediakan di sini, jika hari minggu
memang ramai orang yang datang berkelah disini, Gerai2 makanan juga ada. Kemudahan biasa yang lain seperti tandas, bilik mandi , pondok semua ada disediakan
berkelah9

Bagi yang ingin buat campsite dan bermalam,kenderaan tidak digalakkan parking di kawasan rekreasi tersebut kerana tiada penjaga diwaktu malam dan pernah ada kes pecah kereta kecuali ada perkhemahan budak-budak sekolah di kawasan tersebut. Untuk bermalam di puncak atau di kawasan champsite diatas sana , biasanya pengunjung akan meninggalkan kereta berhampiran masjid kg gelugor dan kedai makan tersebut, jani untuk masuk kedalam biasanya tuan punya restoran tersebut(kedai makan dayana liza..betul2 sebelah masjid) ada menyediakan perkhidmatan menghantar orang menggunakan lori. casnya murah sahaja.
berkelah2 berkelah1
Dari tapak rekreasi ke champsite kolam 3 mengambil masa 30minit berjalan, untuk sampai ke champsite yang atas sekali iaitu puncak mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Champsite di puncak bersebelahan kolam paling besar dan dalam boleh memuatkan hampir 30 orang satu masa.

Bagi kaki pancing kawasan yang paling sesuai untuk memancing adalah antara kolam 3 dan kolam 4, kawasan ini banyak terdapat ikan tengas yang besar2 sebesar tapak tangan. umpan yang paling sesuai adalah buah kelapa sawit yang telah direndam semalaman.

berkelah8 berkelah11
Sekiranya musim hujan pengunjung tidak digalakkan berkemah hampir dengan gigi air, kerana ia bahaya, jika terdapat kepala air boleh menghanyutkan khemah. oleh itu jika hendak buat champsite atau memilih lokasi champsite faktor ini perlu diberi perhatian. Kebanyakan kolam2 ini sangat dalam dan ada sesetengahnya ada air pusing di bawahnya. oleh itu faktor keselamatan diri perlu diambil kira.
berkelah5 berkelah3

Akhir sekali jagalah kebersihan hutan kita. sampah yang anda bawa naik hendaklah dibawa turun.

kepada kawan2 yang terperasan pic dye ada dalam ni maap ye..hehe

p/s : Windu nak g bekelah,last aq g ngan dak2 class aq dlu jep..DKM-SISTEM KOMPUTER(2008-2011)..DKM 5-4 the best..t kite g lagi ye..muachhhh

Comments

Ochee Chan said…
waaa, bestnyer lau dpt gi lg!teringat dulu aku gi dgn CT & ciknon, huhu~rindu =')
eN@ h@mZah said…
wah...oci mai la cni lg...sronok taw

Popular posts from this blog

TIPS MELEGAKAN SAKIT TEKAK DEWASA & KANAK-KANAK

Buatmu ibu..muahh