Posts

Showing posts from August, 2012

Andai Masih Ada Rindu..

Image
Dan  Hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta, Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa, Ku tak bisa memejamkan rasa, Saat ia nyata makin membara, Membelah setiap pancaindera dan deria, Hingga aku lemas dalam kemelutnya.. Tuhan.. Andai penantian ini ada jawapannya, Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha, Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta, Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada, Iringilah Maluku berserta iman di dada, Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.. Tapi Jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya, Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya, Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya, Kerana aku insan yang tiada daya, Maka bantulah aku melupakannya, Jika itu takdirNYA..
Assalamualaikum..wbt.. Hai readers yg dihormati sekalian..hehe..dah macam speech pulak..Hari ni hari ke 21 kita berpuasa..macam mana?Ada tak yang tertinggal atau kena tinggal atau terpaksa tinggal puasa..hurmm..memang ada pun sb salah satunya adalah Rina sendiri..huhu..tak larat la..nak2 tengah ada orang dalam perut ni..selalu je lapar..kalau tak makan nanti kecian pulak kat baby ni..slalu je dok tendang2 perut mama dia..haha..satu pengalaman yang amat bahagia..harap anak yang dikandungkan ni akan selalu membahagiakan Rina,suami family n bangsa..