DuR!@n + MemPeLaM + pApR!k AyAmmm = M@KaN jeW..















Assalamualaikummm semua...

Hai,hari ni ena nak kongsi cerita ena pasal makan-makan ni...huhu..nampak kan raja buah tu? hehe...alamak nampak lak pinggan 2..:) masa 2 ena n kengkawan nak makan nasi tp disebabkan lauk yang kitorang masak 2 x siap lagi, kami makan la durian 2..huhu..nyammm2x..orang panggil buah 2 durian atau dalam bahasa saintifiknya ialah Durio...haa...nak tahu tak?Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnyadimakan bersama.Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.



Mempelam..


Yang ni pulak buah yang selalu orang tempatan panggil dengan namanya mempelam,ada gak orang panggil buah pauh tak pun dengan nama yang femousnya itu ialah mangga..hmmm,mana-mana aje lah..=)
citer pasal ni pulak..buah ni merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.

Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:

  • Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
  • Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.



Paprik Ayam(',')

uiittt...sodapnyo!!hehe...isi bakul angkat sendiri pulak..taw la ena yang masak..hik3..
ala,faezah,atikah,ida and jiha pun tolong gak..kn3??hehe..setelah kite sume bertungkus lumus menyediakan bahannya,maka terhasil la paprik ayam ni kn...hehe..caya la kite!!bak kata orang tua2...dah boleh kawin da ni,,hehe...gatai ye!(*,')..
cara nak sediakn paprik ni nak cakap susah tak la sangat , antara pandai dengan tak je..hik2...nak cakap ena pandai la tuuu...huhu...(boleh la cikit2..nak idop!hihi...)

CARANYA ...jeng3...fuhhh...jdik la ye!!

Bahan-bahan ( 4-5 orang )


  • 150 gram isi ayam (direbus)
  • 1.5 inci halia (diracik halus)
  • 3 ulas bawang merah (diracik halus2)
  • 1 batang serai (di ketuk..lebih pon boleh..ikot selera!)
  • 4 sudu cili boh
  • 5 helai daun limau purut (disiat2)
  • 6-7 biji cili padi (diketuk)
  • Kubis bunga
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Kicap Cap Kipas Udang
  • Sos tiram
  • Garam & Ajinomoto

Cara-cara

  1. Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
  2. Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
  3. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
  4. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.


haa...ni la cara ena masak paprik...law nak belajar try la buat kat rumah,ikot cara ni...tp untuk pengetahuan korang sume,ada lagi cara lain untuk sediakan paprik ayam ni..bak kata ena la kan,,,x taw la orang lain pon same..hehe..."LAIN ORANG LAIN CARA"..huhu...k la..selamat mencuba!!!





Comments

Lynn said…
aishh bkn maen ade tuto memasak...hik3..
eN@ h@mZah said…
hehe...bukan selalu kite jdik tuto ni..hik3
Applepinkcomeyy said…
err tibe2 teringin pelam la -.-
eN@ h@mZah said…
hihi...amik la,mak sye ckp x marah pon..

Popular posts from this blog

TIPS MELEGAKAN SAKIT TEKAK DEWASA & KANAK-KANAK

BerKeLaH wAtERf@LL,gAmBaNg PaH@Ng

Buatmu ibu..muahh