TIPS MELEGAKAN SAKIT TEKAK DEWASA & KANAK-KANAK

Assalamualaikum wbt..hai semua kawan-kawan,bloger semua..

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..uhukk..uuhukkk..uhukk..Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yang lebih parah bila en suami pn  'jatuh' demam.. Rina demam jugak..tapi 2/3 hari je..mula-mula sakit tekak je..Perit tau!!puas meng'google' tips- tips melegakan sakit tekak ni..

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

DEWASA

1) Air limau + Madu

Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang asli tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa
Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.

3) Kumur dengan air garam
Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.

4) Jus Timun
Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas/buang aje kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak

5) Limau + kicap
Perahkan jus limau ke dalam piring kecik. Masukkan kicap ke dalam perahan jus limau nipis tadi. Nisbah, agak agak la. Jangan terlampau masam sangat nanti, masalah cirit birit pulak nanti Rina tak tahu ye. Minum agak agak 1-2 sudu besar campuran jus limau nipis dan kicap tu.

6) Air suam + Madu + Lemon
Hiriskan lemon dan campurkan dengan madu dan kacau minum la.

7) Kumur dengan Listerin
Kumur- kumur la mulut dengan listerine selepas anda memberus gigi.(Rina slalu buat selepas makan)Jangan risau, tekak tidak akan terasa pedih semasa menggunakan listerine.Ia bertujuan utk membunuh kuman/bakteria dlm mulut yg melekat kt tekak kita.

Kalau Rina malas nak guna semua petua ni kadang-kadang Rina kemam je gula-gula strepsil atau fisherman's friend tu..paling tidak pun Rina kemam gila-gula Hacks perisa lemon+madu tu..tapi boleh pulak sakit tekak ni hilang...selesema pun makin berkurangan Sistem imun lemah betul la sekarang ni..lagi-lagi Rina tengah pregnant anak ke dua adik Awishy..

KANAK-KANAK

Selesema ni virus..so,kalau tak ada masalah serius lambat laun ia hilang sendiri...untuk mengeluarkan hingus..biasa kanak-kanak kan memang tak pandai buang hingus atau kahak kan? jadi jalan  penyelesaiannya..

1) Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
*Cara membuat minyak bawang putih 
-> Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..
->Bawang putih juga sebagai antibakteria dan antivirus..boleh google info khasiat bawang putih ni

2. Petua Garlic socks
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg berlubang- lubang atau jarang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu sebab takut kaki anak terlalu kepanasan [tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih]. Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan saja minyak bawang putih yang telah dibuat seperti di atas dan sapukan pada tapak kaki anak. Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .  Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!

3. Garlic steam dan teknik percussion Cara wat 'garlic steam'
- Pilih salah satu alat yang sedia ada di rumah Bottle steam sterilizer – 20 minit Periuk nasi – 20 minit Bottle & food warmer – 20 minit Baldi berisi air panas – 10 minit (air panas akan cepat sejuk)Campurkan dengan air salah satu bahan-bahan anti-bakteria berikut Minyak habbatus sauda’ Minyak bawang putih @ garlic (pecahkan kapsul garlic atau buat sendiri minyak) Bawang putih fresh yang diketuk Serbuk bawang putih Saya campurkan minyak habbatus sauda & bawang putih fresh...Letak baby dlm posisi meniarap atas peha kita dan muka di tepi...halakan pada wap air panas tadi [saya guna periuk nasi sbb xde streliser/warmer] Cover bahagian kepala bayi menggunakan kain lampin atau tuala...supaya baby dapat direct sedut wap panas tadi. Sambil2 tu mak/bapak yang memangku baby td..bole wat tepukan percussion kiri/kanan belakang badan baby td..Bentukkan tangan macam cuping..jangan tepuk pada tulang belakang..just tepuk kiri/kanan blkg dada..Tujuannya untuk melonggarkan kahak yg bersarang dalam paru2..wokeh.

4. Elakkan makanan sejuk/berminyak/berserdak ( kekacang @ biskut @ kerepek)

setakat ini saja petua2 yang boleh bagi..semoga bermanfaat untuk semua keh..

Comments

Popular posts from this blog

BerKeLaH wAtERf@LL,gAmBaNg PaH@Ng

Buatmu ibu..muahh