:)

Assalamualaikum...w.b.t
Hai bloger-bloger yang dirahmati dan comey dan hensom semua...entry Rina kali ni sebenarnya ada dua sebab(haha...nak buat entry pun kena ada sebab ke???)


Okey, reason yang pertama adalah sebab Rina nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. Haaaa...korang sume tahu kan Maulidur Rasul tu apa..okey, Maulidur Rasul dalam bahasa Arab yang bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari tu jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Selasa 1432 Masihi ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul ni.

Jadi marilah kita sama-sama menyambutnya dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih kerana ianya adalah untuk kita sama-sama mengingati baginda iaitu junjungan nabi kita..sememangnya tanpa baginda kita tak dapat hidup dengan sempurna pada hari ini selain Allah S.W.T..



Dah habis dah bab Maulidur Rasul ni kita beralih pula pada reason yang kedua dan reason yang terakhir Rina pada entry kali ni...Wokehhhhh,reason yang ke dua Rina pada hari ini adalahhhhh........jeng...jeng...jeng...(alamak dah macam penceramah pulak) Rina nak tanya korang ni...apa pendapat korang semua kalau nak bagi hadiah pada seseorang yang kita anggap dia adalah orang yang istimewa?like mother,father or someone special???hurmmm...sebenarnya sok adalah hari lahir boyfriend Rina yang ke 26 (04/02/2012) sampai hari ni Rina tak tahu nak bagi dia hadiah apa...agak-agak korang ape ye?Rina dah buntu ni...haaaa.okey Rina dah dapat idea. Sempena Maulidur Rasul ni Rina hadiahkan dia senaskah Al-Quran pun okey jugak kan??? ya,senaskah Al-Quran!!!Biar dia tahu yang Rina memang sayang dia sangat-sangat. Biar dia tahu cinta, kasih Rina pada dia sesuci Al-Quran...Ya Allah kau rahmatilah hubungan kami ini, biar kekal sampai syurgamu...Amin


pssittttt : jumpa lagi kita di lain entry kehhh...Rina sayang Semua kawan-kawan blogger Rina :)

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MELEGAKAN SAKIT TEKAK DEWASA & KANAK-KANAK

BerKeLaH wAtERf@LL,gAmBaNg PaH@Ng

Buatmu ibu..muahh