Ketika aku remaja   Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa   Terbit satu pertanyaan dalam diri ku    Aku ini tulang rusuk kiri siapa?     Bagaimana rupanya,    Tinggi atau rendah,    Kurus atau gempal,    Cerah atau gelap,    Tampan atau jelek.      Puas aku membayangkan,    Impikan jejaka rupawan,    Persis seorang pahlawan.      Ketika aku menganjak dewasa    Dikala sedang menuntut di menara    Timbul semula persoalan itu    Aku ini tulang rusuk kiri siapa?      Bagaimana hartanya,    Motor atau kereta,    3310 atau Iphone,    Selipar atau Adidas,    Miskin atau kaya,    Puas aku mencari    Impikan lelaki hartawan    Persis seorang jutawan.      Ketika aku akhirnya dewasa    Dikala sedang berusaha berkerja    Bertanyaku sekian kali,    Aku ini tulang rusuk kiri siapa?      Bagaimana akhlaknya,    Malas atau rajin,    Baran atau sabar,    Dungu atau pintar,    Jahat atau baik,    Puas aku berdoa    Impikan lelaki budiman,    Persis seorang beriman.      Ku tanya lagi pada di...